February 28, 2010

sakit sakit =(


hai saya nadia..saya baru nak masuk 20 tahun tp saya sakit-sakit mcm org tua 40 an..
saya sakit perut,sakit kulit,sakit belakang,sakit gigi..mama abah saya selalu suruh makan buah banyak2..
semalam saya xboleh tidur sbb sakit perut pastu darah keluar lagi..banyak pulak tu..saya takut sgt..menyesal x minum bekunis 2 hari =(

February 22, 2010

100 truths about myself

WHAT WAS YOUR:

1. Last beverage: air sarsi sejuk
2. Last phone call: rizal budak plkn ganu..tah tiba2 je demam kot
3. Last text message: abah..nak makan apa bukak puasa?
4. Last song you listened to: spice girls - mama
5. Last time you cried: just now time tgk videoclip spice girls - mama..haha

HAVE YOU EVER:

6. Dated someone twice: kalau 3 org dikira 'date' x?
7. Been cheated on: pernah lah..manusia x perfect!
8. Kissed someone & regretted it: kiss?family kiss byk..buat apa nak regret..im proud of it;)
9. Lost someone special: hahahha..gi mampos ah weh!
10. Been depressed: yesssssssss jugak..time practical sbb xde kerja nak buat..haha
11. Been drunk and threw up: orang islam berdosa besar minum arak bodoh

THREE FAVORITE COLOURS:
12. maroon
13. black
14. apple green

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend: yes..ada la dlm 4 5 orang
16. Fallen out of love: yes..this should not be happening if i don't have a fb acc..menyesal add..haha
17. Laughed until you cried: laugh ada la..tp sampai menangis tu ada jugak kot.haha
18. Met someone who changed you: yes..terimakasih kepada beliau =)
19. Found out who your true friends were: yes...even now i'm still searching...
20. Found out someone was talking about you: yes..ceh ckp x serupa bikin.hipokrit
21. Kissed anyone on your friend's list: ada ke?nnt aku try la kat auzy ke, nabila ke, ochin ke?hahhaa
22. How many people on your friends list do you know in real life: most of them
23. How many kids do you want?: ikut suami lah nk banyak mana..ahahaha bodoh ah soalan ni!
24. Do you have any pets: dulu ada turu,koko,snowy and spacio..tp semua dah innalillah
25. Do you want to change your name: no..bukan senang nak dapat nama universal..haha
26. What did you do for your last birthday: kena kuarantin kat rumah sbb h1n1..babiii!!
27. What time did you wake up today: 5:10am..
28. What were you doing at midnight: online
29. Name something you CANNOT wait for: habis diploma
30. Last time you saw your Mother: dalam 20 minit yg lalu
31. What is one thing you wish you could change about your life : jadi kurus dan kurang tembam but we all know its not going to happen
32. What are you listening to right now : my own beautiful voice..hahaha
33. Have you ever talked to a person named Tom: no..toman pernah lah
34. What's getting on your nerves right now: jumaat cuti maulidur rasul!!!yahhoooo...
35. Most visited webpage: =)
36. Whats your real name: Nurul Nadia binti Iskandarshah
37. Nicknames: Nadia,Nad,tembab(musuh je panggil aku ni)
38. Relationship Status: waiting
39. Zodiac sign: leo
40. Male or female?: female
41. Primary School?: SRK Bandar Baru Bangi Jalan 2
42. Secondary School?: SMK Bandar Baru Bangi Jalan 2
43. High school/college?: College
44. Hair colour: Black
45. Long or short: sederhana
46. Height: 166cm
47. Weight: rahsia lah!2kg upp lagiii..haha
48: What do you like about yourself?: Nurul Nadia binti Iskandarshah..thats just it..i think i'm special to myself..haha
49. Piercings: non
51. Righty or lefty: I SAID NON!!!

FIRSTS :

52. First surgery: bakal
53. First piercing: abah x kasi tindik2
54. First best friend: ramai
55. First sport you joined: basketball
56. First vacation: lupa
58. First pair of trainers: xpaham

RIGHT NOW :

59. Eating: taufu fa
60. Drinking: air sarsi
61. I'm about to: makan ubat
62. Listening to: spice girls - mama
63. Waiting on: vacation with my best friends =)

YOUR FUTURE

64. What kids?: good and beriman type..ameen..
65. Get Married?: bila ada jodoh n sampai masa
66. Career?: engineering..network or software

WHICH IS BETTER :

67. Lips or eyes: both
68. Hugs or kisses: ntah

69. Shorter or taller: TALLER!!!
70. Older or Younger: older
71. Romantic or spontaneous: spontan
72. Nice stomach or nice arms: arms
73. Sensitive or loud: loud but not too loud coz it will turn out to be annoying
74. Hook-up or relationship: ntah
75. Trouble maker or hesitant: non of both

HAVE YOU EVER :

76. Kissed a stranger: yes..perempuan arab tu cium pipi dulu lepas tolong dia beli tiket kat kl central
77. Drank hard liquor: arak itu haram bodoh
78. Lost glasses/contacts: x pakai pun..
79. Sex on first date: astaghfirullah..
80. Broken someone's heart: i think i did..once or twice or triple time?.minta maaf is all i could say..huhu
82. Been arrested: belum lagi
83. Turned someone down: yes
84. Cried when someone died: yes..turu mati pun nangis dah gila2 ni apa lagi orang
85. Fallen for a friend?: yes..dulu2

DO YOU BELIEVE IN:

86. Yourself: yes..all the time...
87. Miracles: yes..a bit
88. Love at first sight: ahh hampasgas!!!
89. Heaven: yes of course!
90. Santa Claus: ho ho ho
91. Kiss on the first date: yes but i hope it will not be happening to me
92. Angels: yes..rukun iman ke 2 tu!kan?

ANSWER TRUTHFULLY:

94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: no.. muka mcm aku x layak..haha
95. Did you sing today?: sing sing sing sing sing~...yes
96. Ever cheated on somebody?: yes..but most of the time ive cheated to myself..huhu..malu2 ^^;
97. If you could go back in time, how far would you go?: 2002..time amek upsr..
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: ntah
99. Are you afraid of falling in love? : no..buat apa nak takut?(ckp besar)haha
100. Posting this as 100 truths?: yes if i hadn't change my mind yet..=)

LAYANG-LAYANG TERBANG RENDAH=D

sabtu lepas saya,nabila,auzy,man,zaid,muzakkir n hadi pergi alamanda tgk wolfman..tp x best sgt..masa otw nak balik tiba2 man call nabila ckp jgn balik lg..dorg picnik la pulak kat tasik celaka bangi tu..tp auzy belanja layang-layang dan sgt best main layang-layang =))

berkelah =)


The Kite Walker


si merah dan si ungu


zaid ketat, man, adik muz..haha


layang-layang ringgit malaysia lima belas auzy belanja


semangatnya aku..malu2..^^,


before the kite's departure


ada layang-layang ladybird, batman, sailormoon..aku nak sailormoon tapi auzy xnak..wahaha


lepas tgk wolfman yg x best semua lapar dan singgah a&w buat pertama kalinya sbb nabila mengidam nak makan a&w


kawan kawan nnt nak main lg msg or ym la..ajak lagi ajim,ipap,ochin sume.=))

February 18, 2010

huhu terasa nya.........

Huhu semalam ada sorang akak aku panggil dia kak Tasya..dia post kan ni kepada semua teman2 dia dengan harapan byk yg sedar tp bukan berniat untuk menyinggung perasaan mana2 pihak..tp ni merupakan sejenis dakwah yg dia terpaksa dia lakukan utk menyelamatkan umat islam terutama yg masih dlm golongan belia..so bahasa yg dia guna pun bahasa utk golongan belia lah..yg membaca jgn la pikir dia mencarut ke maki hamun ke ape ye..let's take this positive ;)
just nak ucapkan terima kasih byk2 kat kak Tasya sbb menyedarkan kami semua berkaitan fakta pedas ni..jom renungkan sama2..=)


Berikut adalah 10 jenis orang yang main friendster/myspace/facebook or lain2 laman interaksi sosial: -

-Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan. Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? "kaifa haluk", "ukhwah fillah abadan abada", "i love u, u love me". Abah engkau! Siap buat group-group 'usroh' la, 'dakwah' la, 'ukhwah' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintunla, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah tanak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.


-Pembohong, penipu, kaki auta. Aku rasa orang paling kuat menipu kat dunia ni orang main friendster la. Pasal apa? Umur baru darjah 1 tak sedar diri tulis 25 tahun. Yang muda perasan nak mampus tua, yang tua nak mampus perasan muda. Tak ke pembohong namanya? Gatal tulis status married padahal belum kahwin pun. Tak pun tulis it's complicated la konon nak jaga ikhtilat. Kepala dia! Tu belum lagi favourite book, movie dan benda-benda alah lain. Tah betul tah tidak. Dengan sajak-sajak bodoh lagi kat about me. Tah pape tah.


-Suka show-off. Asal pergi melancong kat mana-mana mesti nak upload gambar. Walaupun tempat pelancongan tu hanya batu-bata, asal boleh nak upload gambar. Lagi la kalau jalan-jalan kat tempat yang cool macam europe ke turki ke apa-apa la. Bajet best la. Kalau tiba besday dia lagi la nak show off. Habis semua dia tayang dari kek besday sampaila hadiah besday. Apa kejadah tah. Ingat best sangat la besday dia. Boleh blah! Kalau upload gambar buku, meja, pensel, bilik, katil dan lain-lain objek bangang lagi la cam bangang.


-Bajet cun/hensem. Tunjuk gambar sendiri dengan pose-pose tertentu (yang dia ingat dah abis cun/hensem). Pastu edit sikit-sikit guna photoshop supaya nampak cool. Kalau dah hodoh buat la cara hodoh. Kalau cun/hensem pun, tak yah la nak berlagak nak mampus. Orang putih kata "Beauty is only a skin deep". Kalau aku toreh muka tu dah tak cun dah. Yang tak tahan tu amik gambar depan cermin la, tengah tido la, buat gaya L kat dagu la. Hek elehhh....bajet cool je


-Nak cari kawan/ kapel. Sepanjang obvervation aku, aku tengok orang main friendster ni ramai yang sebenarnya alone, takde kawan kat dunia realiti. Pakwe takde, awek takde kawan pun takde. So dia guna friendster nak cari kawan/kapel. Tengok mamat ni hensem sikit atau islamik sikit, mulala dia nak add. Tak pun tengok awek sorang ni macam cun je atau cam muslimah solehah ukhwah fillah, mula la gatal tangan nak add. Hek elehh kat friendster berani la kau. Kat luar kecut. Oi, nak cari kawan cari yang realiti la. Apa jadah kawan friendster. Anytime boleh add anytime boleh delete. Takde nilai perkawanan langsung. Sampah.


-Suka crappy material. Nama je muslim, tapi suka benda-benda sampah. Forward emel-emel bodoh. Konon taktik keji orang kafir tapi sebenarnya dia sendiri yang keji forward emel bodoh. Then, suka survey-survey things kat bulletin. Apa jadah tah tah survey diri sendiri. 'Pakai baju kaler ape?', 'Tengah buat apa?', 'Kali terakhir telefon siapa?'. Bangang. Orang yang buat survey pun jugak bangang. Pastu suka benda-benda superstitious. Kalau suka kaler merah maknanya kuat merajuk, kalau lahir zodiak capricorn maknanya perangai sengal. Siapa ajar? Abah ajar?


-Suka buang masa. Hanya dengan friendster, ramai yang dah tergadai masa dengan sia-sia. Bayangla kalau setakat reply-reply testi untuk benda-benda bodoh macam peristiwa kelakar kat university, rumah, tengah jalan, tak ke buang masa namanya. Untuk friendster sanggup berjam-jam edit layout bagi nampak lawa. Sanggup berjam-jam edit gambar untuk upload kat friendster. Setiap hari mesti nak login walaupun takde testi baru atau komen baru. Aih aku sendiri terasa bangang yang amat main friendster dulu.


-Suka tengok gambar lucah. Ada ke gambar lucah kat friendster? Ada la mangkuk. Tiap-tiap kali nak login pun dah ada dah tertayang. Dengan gambar pompuan nampak cleavage dadanya, tak ke gambar lucah tu? Tu belum dah login lagi tuh. Dah login lagi la. Pergh...klu first time boleh consider lagi 'rezeki'. Tapi kalau dah login banyak-banyak kali tu, apa jadah rezki lagi? Contohla, kau nak buat rehlah kat laut mati. Datang-datang je kau tengok ramai gile pompuan pakai bikini. First time datang rezeki la kan? Tapi dalam keadaan kau dah tau yg laut mati tu tempat pompuan berbikini selalu lepak, nak ke kau datang buat kali kedua? Itu bukan rezki lagi namanya. Itu namanya mangkuk hayunan.


-Perosak bahasa. Tak kisah la bahasa Melayu ke, English ke, Arab ke tapi yang pasti ramai di kalangan friendsterer ni yang perosak bahasa. Tak caya tengok jela testi-testi yang ditulis. Dengan short-form yg tah pape yg aku pun susah nak faham. Apehal pulak tulis 'sy sk awk, sy syg awk, sy rnd awk'?! Graduate dari sekolah tamil apa? Tulis je la 'saya suka awak, saya sayang awak, saya rindu awak'. Pemalas nak mampus. Ada hati nak sayang-sayang anak orang. Kerbau pun pandai taip penuh.


-Childish. Siapa rasa main friendster menyebabkan dia menjadi matang. Matang dalam kehidupan, matang dalam menangani masalah, matang dalam segala aspek. Sila angkat tangan. Dah angkat? Ok siapa-siapa yang angkat tangan tadi ketuk kepala 3 kali sambil kata 'mangkuk'. Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun nak buat personality test la, kuiz la tah pape. Mengada je.


P/s: bagi yang tersinggung sikit normal la tu aku pon terasa masa mula2 baca..haha~ tp kita sama2 muhasabah diri kan?tegur menegur amalan mulia dan dituntut dlm islam..hidup xyah hipokrit..jadi diri sendiri n jgn berselindung di balik bayangan org lain..Wallahualam..=)